LONDON – Pengurusan tertingg Manchester United akhirnya membuat keputusan mengenai pemain sayap, Jadon Sancho yang dipinjamkan ke kelab Bundesliga, Borussia Dortmund musim lalu.
Menerusi perbincangan yang diadakan, pemain berusia 24 tahun itu tetap akan dijual musim panas ini meskipun tidak mengetahui sama ada Erik ten Hag akan kekal sebagai jurulatih atau tidak.
Menurut kemas kini terbaru wartawan bola sepak terkemuka, Fabrizio Romano, bekas pemain kebangsaan England itu tiada dalam perancangan The Red Devils bagi mengharungi cabaran musim depan.
Bekas juara Liga Perdana Inggeris musim 2012/13 itu menuntut kira-kira £40 juta (RM240 juta) sebagai tanda harga pemain itu kepada mana-mana kelab khususnya naib juara Liga Juara-juara Eropah (UCL).
Pilihan sebagai pemain tetap kepada Dortmund itu bagi menjimatkan kos kewangan keseluruhan operasi pasukan.
Sebagai rekod, Sancho telah menjaringkan sebanyak 11 gol dalam 78 penampilan bersama Manchester United sejak musim 2021/22. – Agensi