Tindakan berani seorang wanita membuat keputusan untuk berhenti kerja daripada sebuah syarikat swasta sebagai seorang jurutera pemprosesan pada beberapa tahun lalu adalah tidak sia-sia.
Hari ini, dia mampu tersenyum bangga apabila mengenangkan balik segala keringat yang dilaluinya bagi bergelar seorang usahawan berjaya dalam bidang perkhidmatan spa.
Noor Aziman Che Mat yang juga seorang graduan kejuruteraan elektrik berkata, dia berjaya membuktikan dengan berbekalkan minat dalam bidang perniagaan membolehkan dia berada dalam bidang ini.
âSaya adalah lulusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tahun 2017 dan sempat bekerja sebagai jurutera pemprosesan dengan sebuah syarikat swasta di sini (Kluang) selama dua bulan. Namun, saya mengambil keputusan drastik untuk berhenti dan berniaga kosmetik,âujar Azimah.
Bercerita liku perjalanan sebagai seorang usahawan, pemilik Azie Beauty Da House yang terletak di Jalan Ciku, Kluang, Johor mengatakan modal adalah halangan utama bagi membangunkan perniagaan.
Menurut usahawan wanita berusia 35 tahun itu, modal awal perniagaan pada ketika itu hanyalah menggunakan kewangan sendiri dan dia tidak menggunakan mana-mana pinjaman daripada pihak bank.
âSemuanya sendiri. Bayangkan baru habis belajar dan kerja pun belum disahkan majikan, saya sudah membuka sebuah premis,âcerita Azimah.
Bercerita lanjut, Azimah mendedahkan ayahnya merupakan âpembangkangâ utama apabila dia menyatakan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri.
âAyah, Cheâ Mat Nyat kini 75 tahun memang tak setuju saya berhenti kerja. Dia beranggapan kerja makan gaji ini kehidupan lebih menjamin dan stabil seperti dilakukannya sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri,âkatanya.
Pun begitu, ia bukanlah alasan utama untuk mengaku kalah kerana menjadi seorang usahawan haruslah mempunyai kecekalan hati yang kuat.Â
Kini, dia mampu menarik nafas lega apabila melihat kemajuan perniagaan yang diusahakan dengan keringat titik peluh di mana mampu meraih pendapatan hingga lima angka sebulan.
Anak sulung ekpada tiga beradik ini meluahkan kesyukuran kerana pengalamannya berniaga secara dalam talian sewaktu menjadi pelajar suatu ketika dahulu sedikit sebanyak membantu dia menguruskan bisnes.
âSejak saya belajar, saya sudah mula buat perniagaan secara dalam talian. Masa tahun 2017, belum ramai buat perniagaan dalam talian seperti di Facebook. Pelanggan saya mula-mula dahulu ramai datang dari dalam talian,âujarnya.
Jelas Azimah, pengalaman itu membolehkan dia membayar gaji pekerja dan menghabiskan stok jualan ketika negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.
âTiba-tiba Covid-19 melanda dan negara dikenakan PKP. Masa itu yang paling terjejas adalah bahagian spa, saya fikir bagaimana nak bayar gaji staf. Jadi, saya dapat idea gabungkan semua staf dan kita pulun berniaga dalam talian,âujarnya lagi.
Menggunakan pengalaman sedia ada, Azimah membuka akaun Shopee, Lazada bagi membuat jualan selain berinteraksi dengan pelanggan sedia ada dan baharu menerusi platform Facebook dan status WhatsApp.
Walaupun terpaksa menutup premis perniagaan sewaktu PKP, mereka mampu menjual lebih daripada 100 unit setiap hari.
Katanya, dia tidak akan lupa jasa mereka yang turut berkorban masa, wang ringgit dan tenaga sehingga berjaya diiktiraf sebagai stokis terbaik bagi beberapa jenama kosmetik tempatan terkenal.
Selain itu, jasa adik bongsunya iaitu Mohammad Irfan Iskandar yang meninggal dunia pada usia lapan tahun di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu sememangnya tidak dapat dilupakan.
âAdik saya adalah penghidap kanser darah dan walaupun dia kecil, dia rajin pergi kedai dan melayan pelangan sebab dia comel, aktif dan peramah.
âKalau dia tahu jualan kurang, dia bagi kata-kata semangat kepada saya, âjangan risau nanti pelanggan ramai datangâ dna dia akan keluar ke depan pintu untuk berdoa. Saya ingat dia main-main tetapi dia lakukannya betul-betul.
âSaya anggap dia anak syurga dan doanya itu tiada hijab, memang betul. Selepas itu, ramai orang datang,âcerita Azimah.
Azimah juga berterima kasih kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang memberi pinjaman modal sebanyak RM30,000 bagi mengembangkan perniagaan.
Â