Sudah hampir sebulan berlalu, seorang individu mendakwa mendakwa trend lelaki bercakap sewaktu bertunang dimulakan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mendakwa perkara itu dilakukan oleh Syed Saddiq ketika majlis bertunangnya dengan Bella Astillah.
BACA: “Dia Nyanyi 1 Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan” – Syed Saddiq

Hantaran individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan Saddiq berucap selepas selesai majlis bertunang.
Sementara itu, menerusi satu temu bual yang dikongsikan semula di TikTok, Syed Saddiq berkata dia berucap selepas selesai majlis pertunangan dan tidak melanggar adat.
“Saya tak berucap ya di majlis tunang, saya berucap selepas majlis dah habis. Segala-galanya dah habis,” 90 minit saya tunggu di dalam kereta tengok siaran langsung je,” katanya.
Dalam pada itu, Saddiq berkata ucapan itu dibuat secara spontan tanpa sebarang teks ucapan dan ketika itu majilis sudah selesai.
“Sebab itu ucapan tiada teks. Masuk tu sebab semua dah habis, sepatutnya ‘happy-happy’ je,” katanya.




