“Saya Bukan Datang Dari Kampung” – Diktirik ‘Culture Shock’, Ezzanie Jasny Tampil Bersuara!

“Saya Bukan Datang Dari Kampung” – Diktirik ‘Culture Shock’, Ezzanie Jasny Tampil Bersuara!

Pelakon, Ezzanie Jasny meluahkan rasa terkilan apabila ada individu meninggalkan komen yang tidak berasas apabila menyifatkan dirinya seolah-olah ‘culture shock’.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ezzanie atau nama lengkapnya, Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, hanya mampu tertawa apabila menerima kritikan sedemikian, sekali gus menepis dakwaan tersebut.

“Cakap kita culture shock. Kita bukan datang dari kampung, duduk bandar cek oi. Tak kenal saya mungkin. Pergi scroll Instagram saya bawah-bawah sikit. Suka komen melulu ya.

“Lepas itu, ada pula yang komen sekali. Faham ‘context’ pun tidak. Cakap itu ‘teguran’. Ya Allah, I’m done with people, mental aku layan manusia-manusia acah baik ni,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan pesanan kepada aktres drama rantaian Nuh & Nayla ini untuk mengabaikan kritikan individu itu.

Scroll to Top