Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera, 51, mendedahkan tidak tahu apa yang tular dengan tindakan mendedahkan keputusan Sjil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya, Airra Zulkifli yang hanya mendapat satu A.
Shiera berkata, perkara sama turut dilakukan terhadap anaknya, Airell yang memperoleh keputusan A dalam dua mata pelajaran dalam SPM pada 2021.
“Dulu dia dapat 2A untuk UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), lepas itu dia kata, ma jangan beritahu satu dunia keputusan saya. Saya cakap, tidak akan. Tapi nak buat macamana. Lagipun apa dia nak malu.
“Tapi dalam keluarga saya memang itulah ‘level’ (tahap) dia pun. Dah ‘push’ (usaha) atau tak, memang dia dua A ataupun satu A. Dan memang A dia itu memang ‘superblah’ . Yang mungkin salah satu atau dua atau tak salah iaitu Bahasa Inggeris. Itu saja.
“Abangnya dulu pun dua A sebab ada Matematik. Dia pun Matematik semua okey cuma tak tuisyen. Masa dekat SPM pun dia pergi main gitar. Kadang-kadang mungkin dia tak faham soalan tapi tak apalah,” katanya.
Shiera berkata, dia tidak mahu menyalahkan anaknya kerana apa yang berlaku adalah cerminan mereka.
“Itu memang tahap emak dia. Mungkin bapa dia punya tahap macam itu sajalah. Saya faham nak ‘push’ tak boleh. Mereka memang kena rancang apa yang mereka suka. Saya tak tahu.
“Saya kata awak suka main muzik, pergi masuk UiTM (Universiti Teknologi Mara). Anak saya semua yang lepas SPM dapat universiti, UTM, dapat UiTM dapat universiti tempatan tetapi mereka tanya bolehkah masuk belajar tempat persendirian?
“Wah kau suka habiskan duit aku. Nasib baiklah saya tak hutang juga bayar ansur-ansur. Yang ini pula tunggu dia balik. Dia pergi Langkawi pula. Yang dulu (Airell) sedang belajar jurusan arkitek,” katanya.
Ramai juga menasihatkan Shiera supaya menyokong minat anak-anak dan dia menuruti walaupun merasa tidak yakin.
“Saya dengar saja cakap orang buat apa yang patut. Maksudnya saya bayar kolej swasta. Ambil bidang yang mereka suka. Yang seorang melukis walaupun saya tak pernah nampak dia melukis.
“Yang ini pula pandai muzik, saya suruh masuk UiTM atau Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan). Anak saya yang sulung (Alisya) berbakat sebagai penyanyi dan mengacara, jadi saya suruh masuk Aswara tapi diambilnya benda lain.
“Tapi dia dapat kerja bagus, tapi selepas itu kahwin dan sekarang tinggal di Pulau Tioman. Tapi tak apalah itu perancangan dunia mereka. Saya pun tak tahulah.
“Sebenarnya dia dapat kerja yang bagus di KLCC, yang bagus suasananya tapi dia memilih untuk berkahwin.
“Yang nombor dua ini pun saya doa saja. Yang ini pula saya suruh belajar muzik, dia kata boleh belajar di YouTube dan nak ambil bidang lain. Saya memang tak faham.
“Suka hati merekalah, cuma saya doakan mereka jadi orang, supaya pergi kerja awal, jangan tak siap kerja, tolong ambil hati orang serta beri manfaat kepada orang lain.
“Benda itu bukan senang nak buat. Saya tak tahu sama ada mereka pandai bawa diri. Tengoklah suasana macam mana. Yang sulung nampak dah pandai dengan hidupnya,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd