”Saya Duduk Dalam Hubungan Toksik Selama Ini” – Haqiem Stopa Akhirnya Dedah Semuanya! | Trending – Oh! Media

”Saya Duduk Dalam Hubungan Toksik Selama Ini” – Haqiem Stopa Akhirnya Dedah Semuanya! | Trending – Oh! Media

Trending

Haqiem Stopa akhirnya pecah rahsia isu rumah tangga dan bisnes disabotaj. Luahan penuh emosi tentang hidup dalam hubungan toxic undang perhatian ramai.


Isu membabitkan ikon permotoran, Haqiem Stopa nampaknya masih belum reda. Terbaru, Haqiem akhirnya tampil bersuara menerusi satu hantaran di Instagram Story yang mengejutkan ramai.

Dalam kenyataannya, Haqiem mendakwa dirinya sedang mengumpul bukti ada pihak yang bukan sahaja menghina keluarganya, malah cuba untuk sabotaj bisnes yang sedang dijalankan.

“Kalau saya bersuara, orang hentam saya” – Haqiem Stopa

Haqiem Stopa

Menurut Haqiem, dia tidak pernah berniat untuk berdiam diri, namun memilih berhati-hati kerana bimbang disalah tafsir.

Saya berbunyi saya yang play victim. Pihak sana bunyi ‘ouh kesian dia laki dia buat dia’. Saya okay sahaja. Lepas ni macam-macam lagi jadi selagi saya masih ada apa-apa.

Hubungan hanya nampak baik dalam kamera

Isteri Haqiem Stopa

Lebih mengejutkan, Haqiem turut mendedahkan bahawa hubungannya dengan isteri, Aireen Sofia, sebenarnya tidak seindah yang dipaparkan di media sosial.

Saya duduk dalam hubungan yang toxic selama ini, baik hanya dalam camera. Saya pula dari dulu memang netizen tak suka.

Bagaimanapun, hantaran penuh emosi itu difahamkan telah dipadam oleh Haqiem beberapa minit selepas dimuat naik.

Pssttt! Kadang-kadang media sosial bukan tempat terbaik untuk meluahkan masalah peribadi. Bertenang, cari jalan penyelesaian dan utamakan komunikasi yang sihat.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top