Bakal isteri kedua pelakon, Azlan Komen yang dikenali sebagai Maizila Aini tampil memberikan respons susulan kenyataan Nur Nilam Ortiz yang menafikan kononnya wanita berniqab sebelum ini adalah dirinya.
Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di TikTok, Maizila menegur segelintir netizen yang mengutuk matanya.
Katanya, dia sudah lama memerhatikan sesi siaran langsung Nilam sebelum ini, namun malas mahu membalas ‘serangan’ netizen terhadap dirinya.
“Assalamualaikum semoga dipermudahkan urusan semuanya. Macam ni lah, saya perati je dekat live Nilam. Sama naik dengan netizen.. kutuk-kutuk mata saya lah, cakap macam orang tua lah.
“Hello, saya lagi cantik daripada Nilam tau. Sebab mata ni lah Azlan Komen jatuh cinta dengan saya. Setia dengan saya sampai sekarang. Tapi, tak apa lah meroyan lah.. cakap lah apa sahaja. Hanya yang tahu sahaja tahu. Allah ada.
“Awak tahu tak? Awak cakap atau kutuk saya macam mana pun, kalau saya nak cakap pasal awak, boleh. Apa sahaja pun saya boleh cakap pasal awak, saya boleh. Tapi, saya malas. Malas sebab mulut saya tak jahat macam awak tau.
“Biarlah awak cakap saya penyondol laki orang ke? Apa ke? Saya tak hadap nak jadi isteri seorang artis. Tapi awak kena tanya Azlan Komeng tu kenapa masih kami bersama? Tanya dia, saya dah lama berdiam sebenarnya,” katanya.
Terdahulu, Nilam tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan seorang wanita berpurdah dalam video yang tular baru-baru ini.
Menurut Nilam, wanita dalam rakaman tersebut bukan dirinya, dan dia kesal dengan tindakan individu yang menyebarkan cerita palsu serta menokok tambah maklumat seolah-olah mengesahkan identitinya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Tuhan Aku Takkan Maafkan!” – Terima Banyak Fitnah, Nur Nilam Ortiz Nafi Wanita Berniqab Bukan Dirinya
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita Berniqab Bakal Isteri Kedua Azlan Komeng? Hantaran Tiktok Dengan Kapsyen Manja Cetus Tanda Tanya – “Thank You Anje Cayunk Selalu Ada”
ARTIKEL BERKAITAN:Akui Dah Tuntut Fasakh, Nur Nilam Dakwa Azlan Komeng Sulitkan Proses Cerai
ARTIKEL BERKAITAN:“Keputusan Kahwin Dua Adalah Keputusan Bersama” – Azlan Komeng Mohon Netizen Jangan Jadi ‘Batu Api’, Henti Minta Isteri Tuntut Cerai
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Kalau Ayah Saya Masih Hidup, Takkan Jadi Begini” – Isteri Azlan Komeng Luah Rasa Pilu
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Tiada Harta – “Syarikat 100% Milik Saya”
ARTIKEL BERKAITAN:“Poligami Bukan Tanda Tak Bersyukur” – Bakal Kahwin Dua, Azlan Komeng Nafi Abaikan Pengorbanan Nur Nilam
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Bongkar Azlan Komeng Hubungi ‘Skandal’, Dakwa Bakal Kahwin Baru? – “Hati Perit Tapi Semuanya Terserah Dia”




