“Saya Masih Pilih Dia” – Wanita Hamil ‘Cepuk’ Penyondol Dengan Pinggan Maafkan Suami

“Saya Masih Pilih Dia” – Wanita Hamil ‘Cepuk’ Penyondol Dengan Pinggan Maafkan Suami

Trending

Wanita hamil pilih maafkan suami demi anak.


Sebelum ini, tular di media sosial video rakaman memaparkan seorang wanita hamil menyerang suaminya sedang dating dengan pelajar universiti di sebuah kedai makan.

Dalam video itu, si isteri dilihat menghempuk pinggan nasi ke kepala pelajar universiti kemudian menarik tudungnya.

“Saya masih pilih dia sebagai suami”

Curang

Terbaru, wanita hamil itu mengaku masih memilih untuk bersama suaminya walaupun didakwa berlaku curang.

Menurutnya, walaupun ramai mempersoalkan tindakannya memberi peluang, dia menganggap apa yang berlaku sebagai khilaf suami dan dirinya juga tidak sempurna.

Fikir masa depan anak dalam kandungan

Curang

Apa yang lebih menyentuh hati, keputusan itu dibuat kerana dia memikirkan masa depan anak yang sedang dikandung.

Tambahnya lagi, tindakan menyerang suami sebelum ini berlaku kerana dia tidak mampu mengawal emosi selepas melihat sendiri suaminya bersama wanita lain.

Dalam masa sama, wanita itu merayu agar orang ramai berhenti menyebarkan maklumat peribadi serta mengganggu keluarga mentuanya.

Dia berharap keadaan tidak terus diperbesarkan dan semua pihak memberi ruang untuk mereka menyelesaikan hal rumah tangga secara peribadi.

Pssttt! Keputusan untuk memaafkan bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dalam keadaan hati yang terluka. Apa pun, setiap orang ada jalan hidup masing-masing. Harapnya semua pihak hormati keputusan ini dan beri ruang untuk mereka perbaiki keadaan, terutama demi anak yang bakal lahir.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top