Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura memilih untuk tidak mengambil pusing terhadap kritikan dan kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.
Menjawab pertanyaan mengenai sikap segelintir pihak yang sering memperlekehkan dirinya, Fazura dengan tenang menegaskan, setiap manusia berhak berkata apa sahaja, namun hal itu bukan lagi menjadi beban fikirannya.
“Apa mereka nak buat, mereka ada mulut, mereka ada tangan… itu urusan mereka dengan Allah.
“Dengan saya urusan saya dengan Allah,” katanya.
Menurut pelantun lagu Luar Biasa itu, fokusnya kini hanyalah kepada perjalanan hidup dan amalan yang dilakukannya sekali gus menolak pandangan negatif orang di luar sana.
“Saya hanya fokus dengan urusan saya dengan Allah. Itu sahaja,” jelasnya.
Tidak habis disitu, ketika disoal sama ada dia memilih untuk memaafkan individu yang mengkritiknya, Fazura bagaimanapun tampil memberikan jawapannya pada sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
“Whether or not.. saya nak maafkan mereka atau tidak tentang apa yang mereka katakan? Itu rahsia saya dengan Allah,” tegasnya.




