“Saya Nak Menua Dengan Sayang Sampai Hari Tua” – Suami Erra Fazira 

“Saya Nak Menua Dengan Sayang Sampai Hari Tua” – Suami Erra Fazira 

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira menjadi perhatian apabila tular satu video memaparkan dia bertanya soalan buat suaminya, Ezwan Zain.

Menerusi video itu, Erra bertanyakan kepada suaminya adakah Ezwan akan berkahwin lain jika dia sudah tiada suatu hari nanti.

BACA: “Lagu Ratuku Memang Untuk Erra Fazira” 

“Kalau saya dah tak ada, sayang kahwin lain tak?” soal Erra.

Ezwan berkata dia tidak pernah terlintas mahupun memikirkan perkara itu kerana niatnya mahu hidup bersama Erra sehingga ke hari tua.

“Dengan umur yang macam ni, dengan segala susah payah dan semua benda yang kita lalui, Takkanlah saya nak ada hati lagi nak kahwin lain.

“Setakat ini, saya tak terlintas langsung. Saya niat nak menua dengan sayang sampai hari tua kitalah,” katanya. 


Scroll to Top