‘Saya sangat marah dan kecewa’

‘Saya sangat marah dan kecewa’

PENGENDALI Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic mengakui kecewa dengan kekalahan 3-4 kepada Malaysia dalam aksi sulung Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis.

Menurutnya, kesilapan di bahagian pertahanan sememangnya tidak boleh diterima yang menyaksikan Harimau Malaya bangkit untuk menewaskan pasukan di ranking ke-97 dunia itu.

“Saya sangat marah dan kecewa dengan keputusan ini. Kami menjaringkan tiga gol dan mendahului tetapi kesilapan pertahanan melepaskan empat gol.

“Kami mencipta banyak peluang tetapi gagal jaringkan gol. Kegagalan mendapat mata amat mengecewakan saya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Scroll to Top