Saya Tahu Apa yang perlu dilakukan.- Verstappen

Saya Tahu Apa yang perlu dilakukan.- Verstappen

Sao Paulo: Pendahulu Formula Satu, Max Verstappen, membalas kritikan terhadap gaya pemanduannya dengan mengatakan bahawa dia adalah juara dunia tiga kali yang tahu apa yang dilakukannya.

Pemandu Red Bull itu dikenakan penalti dua kali kerana memaksa pesaingnya dari McLaren, Lando Norris, ke tepi dan keluar laluan sambil mendapatkan kelebihan dalam pertembungan mereka pada Grand Prix Mexico City hujung minggu lalu.

Damon Hill, juara dunia 1996, mengatakan dalam satu podcast Sky Sports bahawa Verstappen menggunakan keretanya sebagai “senjata” dan menuduhnya dengan “taktik licik” merujuk kepada watak penjahat dalam kartun ‘Wacky Races’ era 1960-an.

Ketika ditanya secara langsung mengenai komen Hill bahawa dia tidak pasti Verstappen mampu berlumba dengan adil, juara bertahan itu kelihatan berang di litar Interlagos Brazil.

“Saya tidak mendengar kata-kata individu sebegitu, saya hanya lakukan apa yang saya tahu.

“Saya seorang juara dunia tiga kali. Saya rasa saya tahu apa yang saya lakukan,” katanya.

Apabila ditanya jika dia merasa disasarkan secara tidak adil, Verstappen menjawab, “Terus terang, saya ada pandangan sendiri. Tidak perlu saya kongsikan.”

Pemandu berusia 27 tahun itu, yang belum memenangi sebarang perlumbaan dalam 10 saingan terakhir selepas mendominasi musim lalu, mengatakan dia mendengar hanya kepada mereka yang objektif dan dekat dengannya dan bukan hanya untuk mencetuskan kontroversi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top