“Saya Tak Faham Orang Suka Tekankan Susu Badan Lebih Bagus Daripada Formula” 

“Saya Tak Faham Orang Suka Tekankan Susu Badan Lebih Bagus Daripada Formula” 

Pempengaruh media sosial, Nina Ismail Sabri berkongsikan pendapatnya apabila ada segelintir yang sering menekankan bahawa susu badan lebih baik daripada susu formula.

Menerusi hantaran di Threads, Nina berkata dia memberikan susu badan kepada anak perempuannya, Jeanelle Nika Mandagie sehingga usia tujuh bulan.

BACA: Nina Ismail Sabri Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?

Menurutnya, anaknya tidak mahu menyusu badan meskipun dia sudah mencuba dan akhirnya dia memilih untuk tidak memberikan tekanan kepada dirinya. 

“Saya tak faham orang yang suka tekankan susu badan lebih bagus daripada formula. Saya menyusukan Jeanelle sehingga dia berumur kira-kira 7 bulan.

 “Tidak secara langsung kerana saya sudah hampir selesai dengan pantang. Dia tidak mahu menyusu badan, saya cuba dan ia sangat sukar. Jadi saya tak nak beri tekanan pada diri saya,” tulisnya.

“Ada segelintir ibu yang saya kenal berusaha keras untuk beri susu badan tapi dah tak ada susu nak buat macam mana kan?

“Bagi saya, paling penting adalah bayi diberi cukup makan. Susu badan atau formula tak kisah, buat cara awak okay ibu-ibu. Jangan stress kan diri,” katanya.


Scroll to Top