Trending
Iqbal Zulkefli tak marah dijodohkan dengan Siti Jamumall, malah doakan dia dan suami kembali bersama.
Ahli perniagaan, Ahmad Iqbal Zulkefli menegaskan bahawa dia tidak pernah melenting apabila ramai netizen cuba menjodohkannya dengan usahawan Siti Jamumall.
Menerusi Tiktok, Iqbal menjelaskan bahawa walaupun ramai mendoakan mereka bersama, dia tetap menjaga batas memandangkan Siti masih dalam tempoh iddah.
Saya tak marah orang jodohkan saya dengan Siti… tapi keadaan sekarang ini Siti masih dalam iddah dan saya perlu jaga banyak batas.
Masih doakan Siti dan suami bersatu kembali
@ahmadiqbalzulkefli Jelas rasanya saya dan @sitijamumall jelaskan urusan kami hal yang serius sahaja namun beribu orang doa agar dijodohkan. Apakan daya, tidak mungkin saya perlu marah-marah kerana itu bukanlah doa yang negatif. Apapun saya tetap mengharpkan Siti & Aiman berbaik kembali. Bukan wang yang utama tetapi pulihkan keadaan, demi kandungan, serta emosi Siti itu sangat penting. Saya terlintas, jika kali ini kami dapat target, kami mahu tolong orang susah berikan beras, gula, minyak masak dan keperluan asas semampu yang boleh. Tetapi tidaklah barangan mahal. Sekadar yang betul-betul keperluan sahaja. SETUJU?
♬ original sound – Ahmad Iqbal Zulkefli – Ahmad Iqbal Zulkefli
Malah, Iqbal dengan rendah hati berharap agar Siti dan suaminya, Aiman, dapat kembali bersama.
Apa pun, saya tetap mengharapkan Siti dan Aiman berbalik kembali.
Bantu tanpa gimik, demi emosi dan kandungan Siti

Iqbal turut menegaskan bahawa segala bantuannya kepada Siti adalah tulus tanpa sebarang gimik murahan. Dia hanya ingin melihat keadaan Siti kembali stabil, lebih-lebih lagi kerana Siti sedang hamil.
Bukan wang yang utama, tetapi memulihkan keadaan, demi kandungan serta emosi Siti itu yang sangat penting.
Netizen kagum dengan keikhlasan Iqbal Zulkefli

Sikap Iqbal yang tenang dan matang mengundang pujian ramai, terutamanya selepas dia dilihat menemani Siti ke pusat rawatan untuk pemeriksaan kandungan, hingga mereka dikatakan sebagai pasangan serasi.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



