“Saya Terhindar Daripada Rasa Perit Di Dunia’ – Siti Elizad Temui Kekuatan Dari Kisah Warga Tua Hidup Sunyi Walau Ada 8 Zuriat

“Saya Terhindar Daripada Rasa Perit Di Dunia’ – Siti Elizad Temui Kekuatan Dari Kisah Warga Tua Hidup Sunyi Walau Ada 8 Zuriat

‘Kalau saya mati, siapa nak ziarah dan doakan saya?’

Demikian luahan kerisauan hati oleh pelakon,  Siti Elizad Shariffudin yang masih menanti kehadiran cahaya mata meskipun usia perkahwinan bersama suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mencecah 10 tahun.

Walau sering tampak ceria di khalayak, jauh di sudut hati, Elizad menyimpan satu kerisauan yang tak pernah dikongsi, bahkan tidak dengan suaminya sendiri.

“Sampai sekarang saya bertanya, saya takut bila dah tua nanti tak ada orang mendoakan saya. Adik-beradik ada keluarga dan anak-anak yang boleh doakan mereka.

“Tapi saya tak pernah luahkan perkara ini kepada suami. Saya risau kalau saya mati nanti siapa nak ziarah, mendoakan saya,” katanya dalam sebuah temu bual bersama radio.

Namun, kerisauannya itu mula berubah selepas bertemu seorang wanita warga tua yang telah menyuntik kekuatan dan kesedaran kepadanya mengenai cahaya mata.

Selebriti berusia 40 tahun itu berkata wanita tersebut dikurniakan lapan orang zuriat namun kesemua anaknya tidak menjaganya di kampung.

Malah, wanita tersebut turut menyifatkan Elizad dilindungi Allah dan terhindar daripada merasakan perasaan perit dan pedih menanti kepulangan anak-anak.

“Saya pergi menunaikan Umrah, terjumpa seorang makcik ni. Tak tahu daripada mana makcik ni datang Allah pertemukan kami.

“Dia pegang saya dia cakap ‘Elizad, makcik tahu tau awak belum ada zuriat lagi. Jangan sedih ya’. Saya menangis, saya cakap saya risau tak ada orang doakan saya.

“Apa yang makcik tu cakap selepas itu buatkan saya kuat sampai sekarang. Dia kata ‘Elizad, makcik ada lapan orang anak. Makcik tinggal di kampung, semua anak tak ada dengan makcik, lapan anak tak menjaga makcik.

‘Makcik lagi sedih. Mengharapkan anak balik ke kampung. Tapi lapan anak tu semua sibuk dekat bandar. Jadi Elizad, awak terlepas daripada rasa sedih, pedih, di dunia ini.

“Sebab tu saya terus fikir maknanya orang yang ada anak ni belum tentu dia akan jaga ibu bapa mereka. Tapi itulah kekuatan yang saya dapat sekarang ini. Saya reda. Allah tak bagi pun saya terima,” katanya.

@zayan.my

Hati terjentik bila jumpa seorang wanita ketika tunaikan umrah di tanah suci @Elizad Sharifuddin ▶️ Saksikan episod penuh di YouTube ZAYAN ▶️ Dengarkan episod penuh di aplikasi SYOK, Spotify & Apple Podcast #RuangCeritaZAYAN #FnNPagiZAYAN #ZAYANShare #ElizadSharifuddin

♬ original sound – ZAYAN – ZAYAN

Scroll to Top