Penyanyi, Nourul Depp mengaku kesal apabila terlalu memberi perhatian terhadap konflik bersama seorang anak sehingga hubungan dengan anak-anak lain dan keluarga terjejas.
Menerusi sebuah video dimuat naik di TikTok miliknya, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 47, keadaan tersebut telah membuatkan emosinya terganggu sehingga tidak sengaja mengasari anak-anak lain.
“Saya rasa bersalah pada diri saya sebab terlalu fokus pada yang satu ini telah membuatkan diri saya terganggu.
“Sampaikan saya berkasar dengan tiga lagi anak-anak saya hanya disebabkan perasan marah,” katanya.
Menyedari tindakannya itu satu perkara yang salah, Nourul kemudian nekad untuk berubah menjadi ibu yang lebih baik kepada anak-anaknya.
“Terus saya berubah 360 darjah. Saya mohon keampunan kepada Allah kerana saya tak perasan.
“Saya terlampau marah, berkecil hati dan fokus pada yang anak satu sehingga lupa ada nikmat dan rahmat Allah dalam hidup ini yang perlu saya beri perhatian,” luahnya.
Sementara itu, Nourul memaklumkan suaminya, Eric Daniel turut terkecewa dengan konflik perselisihan faham yang berlaku antara mereka.
“Pandangan Eric di dalam hal ini, dia kecewa sangat sebab dia sayang Ayu macam anak dia sendiri.
“Dia turut menangis apabila melihat saya menangis. Tapi dia simpan dan menunggu hari,” kongsinya.
@nouruldepp1
Sebelum ini, Nourul mengakui menganggap anak sebagai kawan adalah satu kesilapan yang dilakukannya.
Terdahulu, Nourul meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuan sulungnya, Ayu Nazirah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nourul mengimbau momen ketika bercuti bersama Ayu di Sydney, Australia.
Nourul seolah-olah berkata dia mampu untuk meneruskan kehidupannya selepas melepaskan dan menerima takdir yang berlaku terhadap hubungan bersama anaknya itu.
Sekadar info, Ayu adalah anak dari hasil perkahwinan Nourul bersama komposer Ajai, namun mereka berpisah pada 2007.
Nourul kemudiannya berkahwin bersama Eric pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, 11, Raphael Depp, 9, dan Isabella Depp, 5 tahun.
Artikel Berkaitan: “Kesilapan Saya Anggap Anak Sebagai Kawan” – Nourul Depp Nasihat Ibu Bapa Perlu Letak Batas
Artikel Berkaitan: “Kuasa Melepaskan, Satu Hari Nanti Awak Akan Sedar…” – Nourul Depp Luah Rasa Rindu Pada Ayu Nazirah
Artikel Berkaitan” Kongsi Video Nyanyi Lagu Keliru, Nourul Depp Profesional Sekiranya Ada Peluang Duet Dengan Ajai? – “Suami Bagi Kebenaran, Tapi…”