Sebar rakaman audio separuh-separuh tidak bertanggungjawab – Suhardi

Sebar rakaman audio separuh-separuh tidak bertanggungjawab – Suhardi

Pesuruhjaya Sukan buat laporan polis bagi memastikan pihak sebarkan rakaman audio perbincangan tertutup beliau bersama pihak MEGA dan MESF dikenakan tindakan sewajarnya.(Gambar hiasan) – Foto 123rf (Gambar Kecil: Suhardi)

LAPORAN polis dibuat bagi memastikan pihak yang menyebarkan rakaman audio perbincangan tertutup Pesuruhjaya Sukan (PJS) bersama Persatuan Tadbir Urus Sukan Elektronik Malaysia (MEGA) dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) dikenakan tindakan sewajarnya.

Itu tekad PJS, Suhardi Alias apabila kecewa dengan tindakan segelintir pihak menyebarkan rakaman audio separuh-separuh semasa sesi perbincangan tersebut sehingga menimbulkan fitnah antara bekas Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) berkenaan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Jelas Suhardi, inti pati perbincangan tertutup itu tidak sepatutnya disebarkan kepada umum sehingga menimbulkan salah faham terutamanya perbualan yang berada di luar konteks.

“Saya mengadakan satu perjumpaan tertutup bersama MEGA dan MESF bertujuan mencari jalan pendamaian pada 14 November lalu.