Sebelum kes ‘tunjal kepala’, wanita dedah brader baju merah tampar staf restoran

Sebelum kes ‘tunjal kepala’, wanita dedah brader baju merah tampar staf restoran

Tindakan ‘brader baju merah’ yang menunjal kepala pemandu wanita seperti video yang tular di media sosial nampaknya telah membuka pelbagai isu baru yang melibatkan dirinya.

Terbaru, terdapat perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai PUTREESS apabila mendedahkan bahawa ‘brader baju merah’ itu telah ditemuinya ketika berhenti makan di sebuah kedai steamboat di Cameron Highland.

Apa yang ingin diceritakan adalah tindakan lelaki terbabit yang begitu keterlaluan apabila membaling makanan dan menampar staf baru yang berada di sana berkali-kali.

Wanita itu juga menjelaskan apa yang diperkatakan terjadi dihadapan matanya dan sama sekali tidak menokok tambah cerita.

@cadar_puterichantique

Replying to @PUTHREESS

♬ original sound – PUTHREESS – PUTHREESS

Ujarnya lagi, kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad lalu iaitu 4 Jun 2023. Dia berani bercerita tentang perkara tersebut susulan brader baju merah itu telah menghampiri meja mereka kerana tidak berpuas hati ditegur melakukan kekecohan di kedai makan berkenaan.

Menurut wanita terbabit lagi, staf di kedai makan itu mengatakan punca lelaki terbabit mengamuk disebabkan makanannya lambat sampai. Dia juga tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana hanya mengulas tentang kejadian yang berlaku di hadapan matanya sahaja.

@cadar_puterichantique

Replying to @mieynora last kay

♬ original sound – PUTHREESS – PUTHREESS

Disamping itu, salah seorang staf yang menjadi mangsa kemarahan ‘brader baju merah’ terbabit telah meninggalkan komen di ruangan TikTok PUTREESSS dengan mengucapkan terima kasih diatas penjelasan yang telah dibuat.

Dia juga menerima saranan orang ramai untuk membuat laporan keatas kejadian yang memalukan itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyuarakan rasa geram dengan tindakan lelaki itu kerana dikatakan tidak bijak mengawal baran sendiri sehingga melakukan kekerasan kepada orang lain.

Untuk rekod, lelaki berbaju merah yang tular baru-baru ini dipercayai menunjal seorang pemandu wanita telah ditahan pihak berkuasa. Difahamkan, lelaki terbabit direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Sumber: TikTok @cadar_putericantique

Scroll to Top