“Sedihnya sound system, tak clear langsung..”-Khairul Aming pasrah demi Billie Eilish

Malam ini, konsert Happier Than Ever World Tour gamat berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dihadiri ribuan para peminat untuk berjumpa penyanyi antarabangsa kegemaran mereka, Billie Eilish.

Pelbagai ragam dan momen-momen dikongsikan oleh para peminat jelas kelihatan di media sosial seperti TikTok dan Twitter dan ia termasuklah selebriti media sosial, Khairul Aming yang turut tidak ketinggalan mengikuti konsert tersebut.

Bagaimanapun, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman meluahkan sedikit kekecewaan dengan sistem pengurusan oleh pihak penganjur konsert tersebut sehingga menarik perhatian warganet.

Menerusi ciapan yang dikongsikan, Khairul Aming mengatakan sistem suara di konsert tersebut adalah sangat menyedihkan di mana dia sendiri tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba diperkatakan oleh Billie semasa berada di atas pentas.

“Weh, sedihnya sound system. Tak clear pun Billie sebut apa,”ciap Khairul Aming.

Khairul Aming memberitahu dirinya redha dengan nasib yang menimpa dirinya ketika menonton konsert tersebut di stadium terutama kedudukan pentas dan tempat pengunjung yang hadir adalah tidak sama seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Meninjau di ruangan komen, terdapat seorang pengguna Twitter dikenali @hakikisyafarudn memberitahu realiti sebenar lakaran pentas dan standing zone oleh penonton adalah sangat berbeza.

Bukan itu sahaja, malah mereka mengatakan ia secara tak langsung boleh merosakkan imej pihak penganjur konsert tersebut lebih-lebih lagi ia adalah bertaraf antarabangsa.

Jarang Khairul Aming nak komplen kat media sosial Sumber: Twitter @khairulaming

Leave a Comment