Segak berkebaya, netizen samakan Amir Masdi dengan Linda Jasmine

Segak berkebaya, netizen samakan Amir Masdi dengan Linda Jasmine

Nama penyanyi berlunak merdu, Amir Masdi tidak perlu diperkenalkan lagi kerana umum sedia maklum dengan bakatnya sebagai anak seni selepas tampil dalam pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia 2016.

Terbaharu, sebuah video yang dimuat naik oleh Astro Gempak menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan pemilik nama Amir Syazwan Masdi di hadapan sebuah cermin dalam bilik persalinan pakaian berjaya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video berkenaan, penyanyi berusia 27 yang dilihat menggayakan busana seperti kebaya berada di hadapan sebuah cermin sebelum bangun menghadiahkan senyuman manis.

Difahamkan, video berkenaan diambil bersempena dengan program terbaharu yang bakal menanti ramai tidak lama lagi.

“Sesuatu yang hebat bakal tiba. Anda rasa apa?”tulis Astro Gempak di ruangan kapsyen.
@astrogempak

Sesuatu yang hebat bakal tiba. Anda rasa, apa? Strim semua yang anda suka dengan Astro Baharu. #AstroBaharu #AstroSemuanyaAda

♬ original sound – Gempak – Gempak

Perkongsian itu membuatkan warganet meninggalkan persoalan di ruangan komen di mana mereka tidak menyangka individu dalam video tersebut adalah Amir Masdi dan bukannya seorang wanita.

Mereka menyifatkan demikian berikutan rambut Amir yang beralun panjang persis seorang wanita selain memakai baju kebaya.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan pelatun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dengan isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine yang juga merupakan guru tari dan pakar koreografi terkenal.

Malah, mereka turut menyifatkan aura yang ditunjukkan oleh Amir persis seperti Linda Jasmine sewaktu menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasia.

Selain itu, ada juga netizen menyamakan wajah Amir Masdi seperti anak kepada pasangan selebriti berkenaan iaitu Tengku Ratu Haidar sewaktu memakai kebaya.

Sumber: TikTok @astrogempak, Instagram @official_lindajasmine