Man Raja Lawak meluahkan rasa syukur apabila kini kian dikenali selepas luahannya di sebuah podcast mencari perdebatan di media sosial.
Menerusi Instagram pelawak tersebut, dia menyatakan sedang sibuk membalas komen-komen serta mesej kecaman yang diterima daripada netizen susulan luahan yang dibuat.
Man Raja Lawak balas komen-komen netizen
Ujar, dia baru selesai membalas komen-komen dari netizen dan merasakan bahawa dirinya kembali dikenali memandangkan ramai yang mengambil berat tentangnya.
“Alhamdulillah. Done balas komen-komen nurtizen. Sekarang baru abang rasa macam glamour sikit ramai yang ambil berat pasal abang,”
Man Raja Lawak doakan semua dipermudahkan urusan
Dia juga turut mendoakan agar segala urusan kita semua dipermudah dan hanya meninggalkan emoji hati di ruangan kapsyen.
“Semoga Allah permudahkan urusan kita,amin,” tulisnya ringkas.
Artikel lain: Dah setahun, Man Raja Lawak kecewa stesen TV belum bayar hutang RM4,000
Lebih elok diam dari berkata-kata
Perkongsian yang dibuat Man telah menghadirkan pelbagai maklum balas apabila ada di antara mereka mengkritik tindakan pelawak itu kerana dilihat terlalu berlebihan dalam menanggapi kecaman.
Kenapa nak bangga glamour dengan cara macam ni
Jangan pandang belakang lagi bang
Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka tetap memberi sokongan kepada pelawak terbabit dan menyatakan supaya dia terus bangkit tanpa perlu memandang belakang lagi terutamanya tentang isu yang membuatkannya tawar hati.
Sebelum ini, Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kassim meluahkan rasa terkilannya dan enggan lagi terlibat dalam sitkom Sepahtu Reunion selepas tidak dipanggil untuk dijadikan pemain tetap.
Perkara itu dinyatakan menerusi podcast Dol’s Podcast bersama beberapa pelawak Tanah Air sehingga menuai pelbagai komen daripada netizen di media sosial.
Sumber: Instagram manrajalawak