“Sekarang Ni Memang Kena Fikir Dalam-Dalam Sebelum Cakap Sesuatu” –  Shila Amzah

“Sekarang Ni Memang Kena Fikir Dalam-Dalam Sebelum Cakap Sesuatu” –  Shila Amzah

Penyanyi popular, Shila Amzah berkongsi, perasaan sentiasa berasa cukup dengan rezeki yang diberikan Allah adalah salah satu perkara yang menjadi peringatan buat dirinya dan suami yang juga pempengaruh, Ubai MZ.

Menerusi perkongsian di Threads, Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, menjelaskan, untuk mendapatkan sifat Qanaah itu sangatlah susah dan perlu dididik.

“Saya selalu ingatkan diri dan sumai pasal benda ni.

“Perasaan merasa cukup tu bukan senang nak dapat. Memang kena didik diri,” katanya.

Dalam pada itu, Shila atau lebih mesra dipanggil Sha mengakui dia seringkali mahu membuat hantaran di media sosial namun perlu memikirkan sedalam-dalamnya sebelum mengulas mengenai sesuatu perkara.

“Searang kan, selala sangat type benda yang kita nak cakap lepastu delete balik. End up tak post apa-apa.

“Alhamdulillah, say aokay (kalau tak pun tetap kena okay). Family okay, kawan-kawan okay.

“Sekarang memang kena fikir dalam-dalam sebelum mengujarkan sesuatu,” jelasnya.

Scroll to Top