Sekatan AS: Lapan kapal diarah patah balik

Sekatan AS: Lapan kapal diarah patah balik
Sekatan AS: Lapan kapal diarah patah balik

Beberapa kapal tentera laut AS ‘mengawal’ laluan di perairan Selat Hormuz sejak Isnin lalu.

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan ‘sekatan menyeluruh’ ke atas pelabuhan Iran, sekali gus menghentikan sepenuhnya aktiviti perdagangan ekonomi melalui laluan maritim masuk dan keluar dari negara tersebut.

Menerusi catatan di media sosial pada Rabu, Komander Pusat Perintah AS (CENTCOM) yang mengawasi operasi ketenteraan di Asia Barat, Laksamana Brad Copper mendakwa ‘kepungan’ mereka kononnya telah melumpuhkan Teheran memandangkan 90 peratus ekonomi Iran digerakkan oleh perdagangan antarabangsa melalui jalan laut.

“Lebih 10,000 kelasi, anggota marin dan tentera udara terlibat operasi sekatan tersebut. Dalam tempoh 36 jam, sebanyak lapan kapal telah diarahkan berpatah balik ke pelabuhan utama Teheran,” ujarnya.

Presiden Donald Trump menggunakan taktik tersebut untuk memberi tekanan kepada Iran agar ia menerima syarat Washington bagi menamatkan perang secara kekal, namun tindakannya yang menyekat laluan strategik Selat Hormuz mengundang kecaman komuniti antarabangsa. – Agensi

Scroll to Top