Selamat Pengantin Baru Ben Amir, Liana

Selamat Pengantin Baru Ben Amir, Liana

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Teka-teki mengenai hantaran gambar berbusana baju Melayu yang tular, sejak kelmarin terjawab apabila pelakon, Ben Amir kini sah bergelar suami kepada personaliti media sosial dan model, Liana Alara pada Disember lalu.

Ben atau pemilik nama Muhammad Amir bin Sabaruddin, 36, berkongsi perkara gembira itu menerusi hantaran di Instagramnya, hari ini.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada Disember 2025. Dengan rendah hati, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, Ben Amir tidak mendedahkan tarikh dan lokasi majlis pernikahannya itu.

Terdahulu, tular beberapa gambar Ben bersama Liana di media sosial apabila mereka masing-masing berbaju Melayu dan berbaju kurung seolah-olah memberi bayangan kepada orang ramai bahawa mereka bakal berkahwin.

Menerusi hantaran itu, rata-rata rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah kepada Ben Amir atas perkahwinanya itu serta berdoa agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke jannah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top