Selangor FC, KL City turut kongsi mata

Selangor FC, KL City turut kongsi mata

KUALA LUMPUR: Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berkongsi mata selepas terikat 1-1 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, dekat sini, malam tadi.

The Red Giants memastikan dapat meraih satu mata berharga pada aksi tetangga itu menerusi jaringan sendiri pada minit akhir perlawanan pertahanan skuad ibu kota, Giancarlo Gallifuoco.

Terdahulu skuad City Boys bimbingan Bojak Hodak kelihatn hampir pasti membawa pulang mata penuh pada aksi berkenaan selepas berjaya mendahului tuan rumah pada minit ke-80 menerusi jaringan Dominique Da Sylva.

Pada perlawanan terbabit menyaksikan tiada sebarang gol berjaya dicetak pada babak pertama walaupun banyak serangan dilakukan kedua-dua pasukan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top