Selektif cari rumah

Selektif cari rumah

MESKIPUN ramai beranggapan membeli rumah satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan, namun tidak salah mengambil sikap lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.Komitmen jangka panjang dan mahu mencari hartanah yang benar-benar berbaloi untuk dilaburkan antara pendirian Roslina Ismail, 43, dalam membeli hartanah pertama. Kata Roslina, dia perlu meneliti pelbagai aspek terutama kemampuan kewangan supaya tidak terbeban dengan komitmen pembelian rumah pertama.”Kebimbangan saya sebagai pembeli rumah pertama ialah dari segi kemampuan kewangan dan komitmen jangka panjang.”Saya pada awalnya keberatan juga untuk membeli kerana mengira tahap kemampuan membayar ansuran bulanan dan kos sampingan seperti penyelenggaraan serta cukai hartanah dalam jangka panjang.”Aspek lain ialah kualiti pembinaan dan reputasi pemaju. Risau terhadap mutu pembinaan, kelewatan projek serta tiada kepastian pemaju menyiapkan rumah mengikut spesifikasi yang dijanjikan.”Maklumlah isu membabitkan projek terbengkalai masih berlaku dan saya sangat selektif dalam mencari hartanah sesuai dengan keinginan ketika itu,” katanya. Dia sebelum ini selesa menyewa di Subang Jaya, Selangor mula mencari prospek hartanah sesuai dengan latar belakangnya sebagai ibu tunggal dan dengan rutinnya. “Sebelum ke tahap memutuskan ingin membeli hartanah, saya buat kajian dan perancangan kewangan. “Bukan hanya ansuran bulanan, pecahan kecil atau sub komitmen perlu dilunaskan juga diambil kira.”Ia termasuk kos tersembunyi seperti yuran guaman, insurans dan penyelenggaraan sebelum membuat keputusan.

“Tidak lupa juga pemilihan lokasi dan latar belakang pemaju juga disemak memastikan tiada risiko ‘terkandas’ dalam projek ‘sakit’. “Saya juga menimbang elemen lain terutama sesuai dengan keinginan untuk menetap di lokasi yang tenang dan selamat,” katanya. Atas faktor itu, Roslina menyedari LBS Skyvilla Condominium D’Island, Puchong menawarkan hartanah yang sesuai dengan keinginannya. “Apabila saya melihat iklan di laman sosial LBS mengenai produk hartanah terbabit pada September tahun lalu, saya tertarik kerana hartanah kediaman itu terletak di kawasan perbandaran perumahan yang lebih tenang dan terasing dari kesibukan kota.”Namun, ia dikelilingi kemudahan pasar raya dalam kawasan yang selamat.Bagi saya hartanah kediaman ini sesuai dengan persekitaran yang diperlukan dalam membesarkan anak-anak,” katanya. Pemaju juga sangat mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai fasiliti untuk meningkatkan keselesaan dan nilai hartanah dibeli.

“Saya juga gembira dengan kemudahan disediakan terutama kemudahan rekreasi seperti kolam renang, gimnasium, taman permainan dan trek joging yang membantu saya dan anak-anak menjalani gaya hidup sihat serta aktif. “Kawalan keselamatan 24 jam juga antara faktor saya memilih membeli hartanah itu.”Sistem kawalan keselamatan seperti pengawasan kamera litar tertutup (CCTV), akses kad dan pemantauan rapi oleh pengawal keselamatan bertugas meningkatkan keyakinan dan memberi rasa tenang kepada saya penghuni hartanah di sini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top