Selepas ‘ILU’, Netizen Mahu Aepul Roza Buat Lagu Tema Perkahwinan Khas Untuk #BellaSyedYes – “Kebetulan Dah Ada, Mood Sangat Sweet”

Selepas ‘ILU’, Netizen Mahu Aepul Roza Buat Lagu Tema Perkahwinan Khas Untuk #BellaSyedYes – “Kebetulan Dah Ada, Mood Sangat Sweet”

Penyanyi dan komposer, Aepul Roza sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan dia sebenarnya sudah mempunyai lagu bertemakan perkahwinan yang ditulis sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi perkongsian di platform Threads, vokalis Drama Band itu berkata demikian ketika membalas permintaan seorang netizen yang mencadangkan agar dia menghasilkan lagu khas buat pasangan selebriti, Syed Saddiq dan Bella Astillah.

“Aepul, minta tolong buatkan lagu khas untuk #BellaSyedYes sebagai hantaran balas kepada lagu ILU,” tulis individu tersebut.

Menjawab permintaan itu, Aepul bagaimanapun mengakui dia berasa segan untuk menyanyikan lagu berkenaan meskipun karya tersebut sudah tersedia.

“Kebetulan, memang dah ada satu lagu bertemakan wedding yang ditulis beberapa tahun lepas. Mood dia sweet… tapi bro segan nak nyanyi,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Aepul turut memuat naik demo lagu berjudul Sejuta, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa suka terhadap lagu tersebut dan berharap agar ia dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Aepul sebelum ini pernah mencuri perhatian apabila menghasilkan lagu I L U secara spontan susulan kontroversi hangat membabitkan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies.

Artikel Berkaitan: Isu Curang Makin Panas, Aepul Roza Buat Hal… Selamba Cipta Lagu ‘I L U’ – “Ada Drama, Mestilah Kena Ada OST Kan?”

Scroll to Top