Selepas 14 hari menjalani kuarantin wajib berikutan pulang dari luar negara, penyanyi dan influencer terkenal, Caprice telah pun membuka ‘gelang pink’.
Dia telah berkongsi momen tersebut di media sosial dan menulis kapsyen ringkas ‘merdeka’ menggambarkan keadaan diri yang telah selesai menjalani quarantin wajib mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan pihak berkuasa.
Dalam pada itu, menerusi InstaStory selebriti berkenaan, dia ada memaklumkan supaya netizen berhenti memberikan ugutan kepadanya kerana merasakan perkara tersebut buang masa.
Dia juga menjelaskan tentang segala ugutan yang mereka lakukan bukan sesuatu perkara yang kelakar. Jadi dia berharap mereka berhenti melakukan perkara tersebut dan memaklumkan tidak lama lagi ‘kebenaran’ akan terbongkar.
Selain itu, Caprice juga memberitahu yang selepas dia ‘bebas’ dari quarantin, dia bertekat untuk memerangi tiga golongan iaitu sexual predators, pedophilia dan golongan munafik.
Influencer berkenaan turut berjanji tidak akan berhenti memerangi golongan-golongan berkenaan sehinggalah individu tersebut disumbat ke penjara.
Sehubungan dengan itu, influencer berkenaan meminta orang ramai mengingati tarikh 21 September 2021 iaitu satu tarikh dimana dia memulakan hasrat berjuang ‘memerangi’ ketiga-tiga golongan tersebut.
Sumber: Instagram Caprice




