“Semoga Kita Dapat Jumpa Suatu Hari Nanti, Abah Sayang Humairah & Umar…” – Hafidz Roshdi Luah Rasa Rindu Pada Anak-Anak

“Semoga Kita Dapat Jumpa Suatu Hari Nanti, Abah Sayang Humairah & Umar…” – Hafidz Roshdi Luah Rasa Rindu Pada Anak-Anak

Pelakon, Hafidz Roshdi meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya, Humairah dan Umar yang kini menetap di Australia bersama bekas isterinya, Nur Shuhada Mat Shukri.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Hafidz mencuri tumpuan apabila memuat naik tangkap layar memaparkan kiriman mesej yang dihantarnya kepada anak-anak.

Intipati mesej tersebut, Hafidz menitipkan ucapan sempena ulang tahun Humairah dan Umar, selain turut berharap agar mereka dapat berjumpa suatu hari nanti.

“Abah rindu korang sangat-sangat. Harap kita dapat jumpa suatu hari nanti. Moga baik-baik untuk Humairah dan Umar. Happy birthday, semoga membesar jadi anak yang soleh dan solehah. Abang sayang korang,” katanya.

Sementara itu, aktor drama Melestik Ke Hatimu ini turut memuat naik foto bersama anak-anaknya di IG.

“Hari ini genap lapan tahun dan lima tahun,” tulisnya di kapsyen.

Sekadar info, Hafidz berkahwin bersama Shuhada pada 30 April 2016 namun mereka bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Hafidz kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Athira Yuhada pada 15 Dismber 2023, dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Scroll to Top