Pelakon dan penyanyi Amira Othman berkongsikan semakin meningkat usia semakin singkat waktu kita berada di dunia.
Menerusi satu hantaran di Threads, Amira mengucapkan terima kasih buat rakan-rakannya yang membuat kejutan sempena hari lahirnya baru-baru ini.
BACA: Fattah Amin, Amira Othman Belum Sedia Dedah Wajah Anak
Amira turut menzahirkan terima kasih buat suami tercinta, Fattah Amin serta mahu bersama-sama berusaha untuk mengejar kebahagiaan di akhirat.
“Makin meningkat usia maka makin singkatlah waktu kita di dunia. Saya harap doa yang baik-baik dari ramai orang dan pastilah lubuk pahala saya, suami saya.
“Semoga kita sama-sama usaha pergi syurga sama-sama okay ayang? Terima kasih untuk semuanya,” tulisnya.




