Semua 55 kanak-kanak GISBH di Perak dah dituntut keluarga

Semua 55 kanak-kanak GISBH di Perak dah dituntut keluarga

am@hmetro.com.my

Ipoh: Semua 55 kanak-kanak penghuni rumah amal kendalian Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang diselamatkan menerusi Op Global di Perak sudah dituntut keluarga.

Perkara itu dimaklumkan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed yang memaklumkan semua kanak-kanak berkenaan sudah tidak lagi ditempatkan di rumah perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sudah tiada sesiapa di sana kerana semua mereka sudah dituntut keluarga,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Gadis Hebat Negeri Perak Tahun 2025 di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh, Meru Raya, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Jamilah Zakaria dan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak, Mohamad Faizal Haramaini.

Pada 17 Disember lalu Salbiah mengesahkan tiada penambahan kanak-kanak penghuni rumah amal kendalian GISBH di Perak yang diselamatkan menerusi Op Global selain daripada 55 kanak-kanak yang sebelum ini diselamatkan, 26 September lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top