harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara diisytiharkan cuti esok.
Pengerusi Majlis Amanah Rakya (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi hadiah istimewa itu sempena kejayaanMRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby 2025, hari ini.
Perkara itu diumumkan sendiri Asyraf Wajdi menerusi satu hantaran di Facebooknya, malam ini.
“Semua MRSM diisytiharkan cuti esok, 28 Julai 2025,” katanya dalam hantaran berkenaan.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, MRSM Balik Pulau mencipta sejarah apabila buat julung kalinya berjaya meraih kejuaraan selepas mengalahkan Victoria Institution (VI) 14-13 dalam saingan SSR 2025 Grand Final yang berlangsung di Taman Ekuestrian, Putrajaya, hari ini.
Lebih bermakna, kemenangan itu juga menyaksikan MRSM Balik Pulau mengejutkan juara bertahan VI dan menafikan kejuaraan hatrik yang cuba dicapai mereka pada pentas akhir itu.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd