Senaman basikal boleh turunkan berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Lifestyle: Pakar kesihatan mengatakan senaman hanyalah 30% daripada proses menurunkan berat badan manakala makanan merangkumi 70%. Walaupun begitu, senaman tetap diperlukan untuk menjadikan tubuh seseorang sihat. Selain berlari atau berjogging, senaman kayuhan basikal juga terbukti dapat membakar kalori dengan cepat dan menurunkan berat badan dengan lebih laju.

Berlari atau berjogging mungkin lebih baik tetapi semua sendi akan menerima beban hentakan tanpa henti. Semakin berat tubuh, semakin berat sendi anda menerima hentakan. Disebabkan itulah, berbasikal adalah senaman alternatif terbaik untuk mengelakkan kecederaan.

Sebagai contoh berkayuh selama 15 minit boleh membakar 185 kalori. Jadi, jika berkayuh selama 30 minit, anggaran kalori yang telah dibakar adalah sebanyak 341 kalori daripada tubuh. Bila jumlah kalori daripada tubuh berkurangan, badan jadi ringan dan lemak degil yang lain akan turut sama dibakar.

Namun begitu, setelah penat berkayuh dan keluarkan peluh, seseorang haruslah juga mengawal gaya pemakanan. Pengurangan pengambilan gula adalah perlu terutamanya garam dan karbohidrat dalam menu pemakanan. Itulah asas pemakanan yang mesti dikawal untuk turunkan berat badan.

Akmal Hakim
Lifestyle Desk