Sentiasa buat atlet selesa, peminat sukan gelar Bangmed “Wartawan Of The Year”

Sentiasa buat atlet selesa, peminat sukan gelar Bangmed “Wartawan Of The Year”

Sejak saingan Olimpik Paris 2024 bermula, peminat sukan tertumpu kepada seorang wartawan sukan dikenali sebagai Bangmed kerana sentiasa buat atlet selesa lebih-lebih lagi para pemain badminton negara.

Video-video temubual Bangmed atau nama sebenarnya Ahmed Shahrazad Sani dengan atlet negara kerap menjadi sorotan kerana begitu bersemangat serta terlihat akrab dengan para atlet.

@jah.zabby

“Abg rasa” Another side of lzj bila dengan wartawan. Tpi dengan bangmed je la. wartawan sukan yang badminton lovers and players malaysia suka . #bangmed #badminton #badmintonmalaysia #badmintonmalaysia🇲🇾 #lzj #teamlzj #leeziijia #ziijia #teamvictor

♬ Tattoo by Loreen – 𝗦𝗢𝗡𝗚𝗜𝗟𝗬𝗦𝗠

Sentiasa buat atlet selesa, Lee Zii Jia menangis dipeluk Bangmed

Paling mencuri perhatian sudah tentu interaksi Bangmed bersama atlet-atlet badminton yang mana mereka begitu terbuka setiap kali ditemu bual oleh wartawan dari saluran Astro Arena.

Antara momen yang diingati sudah tentu sewaktu pemenang pingat gangsa Olimpik 2024, Lee Zii Jia mengalungkan pingat yang baru dimenangi kepada wartawan berkenaan selepas menitiskan air mata sewaktu berjaya menewaskan wakil dari India.

Sentiasa buat atlet selesa

Lee Zii Jia pernah kata Bangmed favourite mediator dia

Pemain perseorang lelaki profesional negara itu juga pernah menyatakan bahawa Bangmed adalah rakan media yang sangat digemarinya kerana mereka mempunyai impian yang sama sewaktu ditemu bual pada tahun 2021.

Artikel lain: “Tertanya-tanya saya buat salah apa” -Lee Zii Jia luah sebak nama asyik kena ‘petik’

Satu2 wartawan yang dikalung medal

Susulan daripada perkongsian yang dibuat akaun TikTok jah.zabby yang merangkumkan momen-momen berharga wartawan berkenaan dengan atlet negara telah menghadirkan pelbagai komen positif.

 

Bangmed memang istimewa

Terbaik Bangmed

Patut Bangmed Wartawan Of The Year” tahun ni sebab sentiasa buat atlet selesa

Mereka juga bersetuju bahawa Bangmed sebagai “Wartawan Of The Year” kerana sentiasa memberi inspirasi kepada atlet dan sama sekali tidak menjatuhkan moral pemain walau dalam apa keadaan sekali pun.

Selain Lee Zii Jia, interaksi Bangmed bersama pemain-pemain badminton yang lain juga pernah menjadi tumpuan apabila dipeluk Chan Peng Soon sewaktu pemain beregu campuran itu memenangi pingat perak di Olimpik Rio 2016 bersama gandingannya, Goh Liu Ying.

Sumber: TikTok jah.zabby, X shiningstarLZJ

Scroll to Top