RIYADH – Seorang terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd di Dammam, Arab Saudi, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi.
Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi platform X, pihak berkuasa itu memaklumkan serangan berkenaan berlaku pada Rabu malam dan mengakibatkan seorang penduduk terbunuh serta lapan individu lain mengalami kecederaan daripada ringan hingga parah.
Menurut kenyataan itu, semua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
#Statement | An attack targeted King Fahd International Airport in Dammam. #GACA https://t.co/kRueeaQbSm
— هيئة الطيران المدني (@ksagaca) October 21, 2026
Pihak berkuasa turut memaklumkan serangan tersebut menyebabkan kerosakan harta benda di lapangan terbang berkenaan, dengan penilaian mengenai tahap kerosakan masih dijalankan.
Katanya, maklumat lanjut mengenai insiden itu akan diumumkan dari semasa ke semasa apabila perkembangan baharu diperoleh. – Awani



