20 April 2026 11:42pm
Masa membaca: 4 minit

Petugas kecemasan menjalankan operasi di lokasi kejadian apabila sebuah bas merempuh sebuah pasar raya di Salzburg. Foto Mw/APA/dpa
VIENNA – Sebuah bas merempuh sebuah pasar raya di Bandar Salzburg, Austria pada Isnin, menyebabkan seorang maut manakala beberapa yang lain cedera, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jurucakap perkhidmatan bomba mengesahkan seorang mangsa terkorban dalam insiden itu, sementara jurucakap Palang Merah Austria melaporkan tujuh lagi cedera dengan sebahagian daripada mereka cedera parah.
Kemalangan itu berlaku di sebuah bulatan di Daerah Itzling. Kenderaan yang terlibat merupakan sebuah bas elektrik yang dikuasakan melalui talian atas.
Imej daripada Agensi Akhbar Austria menunjukkan bahagian hadapan bas berkenaan merempuh bahagian depan pasar raya terbabit daripada kaca sehingga hancur.
Punca sebenar kemalangan masih belum dipastikan buat masa ini. – Bernama-dpa



