Sepak mula Liga-M dianjakkan seminggu

Sepak mula Liga-M dianjakkan seminggu

Saingan Liga-M akan bermula pada 10 Mei.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk menganjak tarikh sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) bagi membolehkan badan pengelola liga itu mengadakan siri perlawanan ujian sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Menurut MFL, penundaan tarikh itu disebabkan pemeriksaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang sebelum ini dijadual pada Februari ditunda ke tarikh baharu pada 16 hingga 21 April.

Ia sekali gus menyaksikan saingan Liga-M yang sepatutnya bermula pada 3-5 Mei dianjakkan ke 10-12 Mei.

“Siri perlawanan ujian VAR melibatkan kelab-kelab Liga Malaysia (LIga-M) yang bakal diadakan pada 22 April hingga 5 Mei itu hanya boleh dilakukan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat kelulusan daripada FIFA.