MADRID: Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique memanggil lima pemain sebagai persediaan selepas kapten, Sergio Busquets positif COVID-19.
Busquets meninggalkan kem latihan pra Euro 2020 Ahad lalu manakala keseluruhan skuad diuji negatif selepas seri berdepan Portugal di Madrid pada hujung minggu.
“Pemain akan diuji setiap hari mulai sekarang,” kata Persekutuan Bolasepak Sepanyol.
“Keseluruhan delegasi dan pemain diuji negatif.”
Enrique menyenaraikan penyerang Leeds, Rodrigo Moreno; pemain tengah Pablo Fornals dari West Ham dan Carlos Soler dari Valencia selain Brais Mendez dari Celta Vigo.
Selepas itu pemain Villarreal, Raul Albiol juga dilaporkan dipanggil sebagai simpanan.
Mereka akan berlatih secara berasingan dengan pemain lain dan pada waktu yang berbeza.
Sepanyol akan meneruskan saingan pemanas badan untuk Euros berdepan Lithuania awal pagi esok.
Perlawanan pertama mereka pada Euro 2020 ialah berdepan Sweden pada 14 Jun dan Enrique ada masa sehingga Sabtu ini untuk membuat perubahan terhadap skuadnya menjelang perlawanan pembukaan di Seville. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




