“September Bulan Air Mata Shuib” – Watie Hanifiah Titip Doa Buat Suami

“September Bulan Air Mata Shuib” – Watie Hanifiah Titip Doa Buat Suami

Isteri kepada usahawan dan pelawak, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah menitipkan kata-kata penuh emosi buat suaminya yang sering berdepan perasaan sedih setiap kali menjelang September.

Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Watie meluahkan rasa simpati terhadap kesedihan yang ditanggung Shuib sepanjang bulan itu.

“Saya tahu setiap tahun bila masuk bulan September, itu adalah bulan kesedihan Daddy… bulan yang buat Daddy lebih sedih dan menangis berbanding bulan lain.

“Saya sentiasa doakan semoga Allah angkat segala kesedihan Daddy walaupun saya tahu luka itu tidak akan pernah sembuh,” tulisnya.

Dalam masa sama, Watie turut berterima kasih kepada Shuib kerana sentiasa menjadi suami yang penyayang dan penghibur dalam rumah tangga mereka.

“Terima kasih dah menjadi pasangan dan suami yang baik buat saya, menghiburkan hati saya, menghargai, layan saya dengan baik dan beri kasih sayang secukupnya.

“Insya-Allah, saya akan sentiasa ada buat Daddy dan anak-anak dalam apa jua keadaan. Semoga Daddy dan rumah tangga kita sentiasa dalam lindungan Allah. Sayang Daddy sampai syurga,” katanya lagi.

Perkongsian itu telah menyentuh hati warganet yang rata-rata menitipkan doa agar Shuib dan keluarganya terus diberi kekuatan menjalani kehidupan berumah tangga dengan penuh keberkatan.

Scroll to Top