Serba tidak menjadi buat Zii Jia

Serba tidak menjadi buat Zii Jia
Zii Jia terpaksa akur tewas di tangan pemain Korea Selatan dalam saingan awal Kejohanan Dunia di Paris pada Isnin. Foto: Agensi

Zii Jia terpaksa akur tewas di tangan pemain Korea Selatan dalam saingan awal Kejohanan Dunia di Paris pada Isnin. Foto: Agensi

BAGAI serba tidak menjadi buat pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia apabila terpaksa akur tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Perancis sebentar tadi.

Zii Jia yang kembali ke gelanggang kompetitif setelah lima bulan menjalani proses pemulihan akibat kecederaan, tewas straight set di tangan Jeon Hyeok-jin.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu memberi saingan sengit pada set pertama, namun pemain dari Korea Selatan itu dilihat lebih bertenaga untuk menang 21-17.

Prestasi Zii Jia dilihat kian merosot pada permainan kedua apabila terpaksa menyerahkan kemenangan kepada Hyeok-jin 21-11 dalam masa 41 minit permainan di Adidas Arena.

Sebagai rekod, pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu mempunyai perlindungan ranking di kedudukan kesembilan, kini berada di tangga ke-52 dunia.

Zii Jia tidak beraksi sejak Mac lalu kerana kecederaan buku lali yang dialami sejak Jelajah Dunia Akhir Disember lepas.

Kali terakhir pemain berusia 27 tahun itu beraksi ketika Master Orleans dan Seluruh England pada Mac, namun dia dihantui kecederaan yang memaksanya menarik diri daripada beberapa kejohanan iaitu Terbuka Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Bagaimanapun disebabkan Zii Jia mendapat perlindungan ranking, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menawarkan dia slot ke Paris.

Scroll to Top