Seri dengan Korea Selatan keputusan sangat positif – Jurulatih Jordan

Seri dengan Korea Selatan keputusan sangat positif – Jurulatih Jordan

Hussein Ammouta. Foto AFP

JURULATIH pasukan bola sepak kebangsaan Jordan, Hussein Ammouta menyifatkan keputusan seri 2-2 pasukannya dengan Korea Selatan dalam pusingan kedua Kumpulan E Piala Asia AFC Qatar 2023 pada Sabtu merupakan keputusan positif untuk Jordan walaupun gawang mereka dibolosi pada penghujung permainan.

Dalam sidang media, jurulatih itu berkata, keputusan seri dengan Korea Selatan yang juga calon juara kejohanan merupakan pencapaian penting bagi Jordan.

Menurut beliau, pasukannya bermain dengan sangat baik di semua peringkat dan mereka bersemangat tinggi, yakin dan fokus sepanjang perlawanan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Ammouta berkata, prestasi pasukannya kini benar-benar berbeza berbanding persiapan sebelum kejohanan, menunjukkan bahawa masa telah membolehkan pemainnya memahami dengan lebih baik aspek teknikal dan taktikal selain memberi mereka sedikit masa untuk berehat.

Scroll to Top