Pelakon Fezrul Khan menepis dakwaan kononnya dia sengaja mencetuskan kontroversi apabila sering melakonkan watak lembut di platform di TikTok nya.
Kata Fezrul ketika ditemui XTRA, dia membawakan karakter itu hanyalah sekadar untuk hiburan sahaja.
“Nama Ratu Lebah tu wujud sebab saya jual madu dari Yaman. Saya memang amalkan makan madu selepas tak ambil gula.
“Nama She tu pula pula memang ramai yang pertikaikan. Nama watak tu sebenarnya Sushi tapi saya pendekkan dan ubah ejaannya menjadi She.
“Lagipun dalam kalangan kawan-kawan artis, memang selalu gunakan ganti nama diri She. Tak ada niat apa pun.Dekat luar saya tetap macam biasa.
“Karakter itu hanyalah sekadar pesona dan hiburan pengikut media soaial saya sahaja,” ulasnya.
Fezrul atau nama penuhnya, Fezrul Khan Junaidi Khan berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan Kempen Ramadan Raya ‘Indahkan Memori’ Media Prima yang diadakan di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Meskipun menerima kecaman yang mengatakan dirinya kini ‘rosak’, namun Fezrul menyifatkan itu adalah perkara normal.
“Biasalah, ada yang suka kita dan ada juga yang tak suka. Bukan senang nak jaga hati semua orang kan?.
“Yang ni bukan setakat kecam, ‘report’ akaun saya pun ada, Tapi saya lebih selesa mendiamkan diri. Saya pun baru sahaja menggunakan media sosial,” jelasnya.




