Sertai Malam Ambang Pahala 1000 Bulan esok

Sertai Malam Ambang Pahala 1000 Bulan esok

KUALA LUMPUR – Sebelum Ramadan melabuhkan tirainya, umat islam masih  berkesempatan untuk meningkatkan ibadah selagi boleh.

Untuk itu, Yayasan Ikhlas menyiarkan secara langsung program Malam Ambang Pahala 1000 Bulan di Facebook dan Youtube, esok.

“Pelbagai program menarik seperti Ziarah Kasih Ramadan, Majlis bacaan surah Yaasin dan Tahlil, Khatam Perdana, dan Sembang Moreh disiarkan. Pelbagai hadiah menarik dan cabutan bertuah buat para penoton yang menonton sehingga ke akhir program.

“Program ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada umat Islam meningkatkan lagi amal ibadah 10 malam terahir di mana malam yang tidak akan kembali dalam mana-mana bulan, bahkan ianya lebih baik dari 1000 bulan,” katanya dalam kenyataan.

Program siaran langsung itu akan menampilkan pengacara Hazeman Huzir dan Faizal Ismail dalam segmen Sembang Moreh.

Shahir Zawawi (Pembimbing Khatam Al-Quran) dan Cikgu Sofizah (Qariah), serta Syahir (Af), Nadir Al Nuri (Cinta Gaza Malaysia) dan beberapa nama lagi juga diketengahkan dalam program ini.

100 peserta terawal dibenarkan masuk ‘zoom meeting’ pada majlis bacaan yaasin dan tahlil esok. – MalaysiaGazette

Scroll to Top