Servis apartmen Astrum Ampang kini sedia dibeli

Servis apartmen Astrum Ampang kini sedia dibeli

KUALA LUMPUR – Susulan kejayaan SOHO Transits dan SOHO Suites Astrum Ampang yang mencatatkan pengambilan sebanyak 97%, Setia Awan Group memperkenalkan servis apartmen sebagai blok terakhir perumahan berorientasikan transitnya, yang kini sedia untuk dibeli.

Servis apartmen Astrum Ampang terletak secara strategik di antara Jalan Ampang dan Jalan Jelatek, menyediakan salah satu akses terbaik untuk perjalanan masuk dan keluar bandar, dengan konsep pembangunan berorientasikan transit (TOD).

Ini termasuk empat hentian ke Stesen LRT KLCC melalui jambatan pejalan kaki berbumbung yang diusulkan, 150m ke Stesen LRT Jelatek dan hanya satu hentian ke Stesen MRT yang bakal dilancarkan, perjalanan singkat 4 km ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, serta pelbagai laluan saling hubung melalui lebuhraya am dan ekspres seperti AKLEH, DUKE 1, MRR2 dan SPE.

“Astrum Ampang akan menjadi tarikan bagi mereka yang mencari penyelesaian kediaman gaya hidup pintar. Ia akan menjadi lokasi ideal untuk penduduk, terutamanya golongan pekerja muda dan boleh menikmati pengalaman perjalanan yang lancar dan selesa,” kata James Bruyns, Ketua Pegawai Operasi Setia Awan.

Servis apartmen Astrum Ampang mengintegrasikan pelbagai aspek gaya hidup bandar dengan 62 kemudahan premium termasuk ruang co-working, pusat kecergasan lebih daripada 5,000 kaki persegi, dapur gourmet, teater terbuka, bilik antioksidan, kolam renang Milky Way, jakuzi bergemerlapan, gimnasium pintar, trek joging, padang futsal, taman permainan kanak-kanak, pavilion barbeku, dan banyak lagi.

Ciri-ciri unik dan meluas ini menunjukkan pengalaman mendiami yang lancar dan pintar dalam ekosistem moden yang boleh dinantikan oleh bakal pembeli.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM352 juta, Pangsapuri Perkhidmatan Astrum Ampang terletak di tapak seluas 6.75 ekar yang terdiri daripada 468 unit yang mana penduduk boleh menikmati pemandangan luas berlatarbelakangkan latar langit Kuala Lumpur, terutamanya pada waktu malam untuk berehat dan bersantai.

Pangsapuri tersebut menawarkan kawasan unit yang dibina dari 570 sehingga 1,030 kaki persegi,dengan lima pilihan reka bentuk, merangkumi konfigurasi 2+1 bilik tidur, 2 bilik tidur, dan 3 bilik tidur dengan harga bermula dari RM631,000.

Kesemua unit dijangka siap pada suku ketiga 2027.

James berkata, Pangsapuri Perkhidmatan Astrum Ampang direka dengan sistem keselamatan yang canggih untuk meningkatkan keselesaan dan kualiti hidup secara keseluruhan bagi penduduknya.

Antara ciri-ciri keselamatan yang digunakan oleh pangsapuri perkhidmatan ini adalah kawalan akses pengecaman wajah 5G dengan pengawasan CCTV 24 jam bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti, mencerminkan pendekatan moden gaya hidup pintar.

Pembeli rumah  akan menikmati pengalaman hidup kontemporari, lengkap dengan kemudahan seperti penghawa dingin, almari dapur, WiFi di ruang am, dan unit yang dilengkapi sepenuhnya dengan hiasan premium, menjanjikan gaya hidup baharu dan inovatif. – MalaysiaGazette