Sesat di Hutan Tamaco: 2 mangsa lagi ditemukan selamat

Sesat di Hutan Tamaco: 2 mangsa lagi ditemukan selamat

am@hmetro.com.my

Lahad Datu: Dua lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat di Hutan Tamaco, Tungku, di sini, sejak 8 Mei lalu, ditemui selamat hari ini.

Kedua-dua mangsa di dua lokasi berasingan oleh pekerja ladang berkenaan sebelum memaklumkan pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan segera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau yang mengesahkan penemuan kedua-dua mangsa berkata, mangsa pertama ditemui pada jam 12 tengah hari.

Manakala katanya, mangsa kedua pula ditemui pada jam 4 petang di lokasi berasingan oleh pekerja ladang berkenaan.

“Kedua-dua mangsa berusia berusia 37 dan 41 tahun itu ditemui dalam keadaan lemah di dua lokasi berasingan.

“Kedua-dua mangsa terus dihantar ke Klinik Tungku untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, sejurus penemuan itu, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 7 malam tadi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top