Paris: Penganjur Olimpik Paris 2024 mengumumkan bahawa sesi latihan untuk acara renang terbuka di Sungai Seine terpaksa dibatalkan disebabkan oleh pencemaran, menimbulkan persoalan mengapa atlet triathlon dibenarkan menggunakan laluan air sehari sebelum itu.
Ia adalah kali kelima penganjur membatalkan sesi latihan di sungai sejak bermulanya Paris 2024 pada 28 Julai, ia jelas mengecewakan peserta yang ingin membiasakan diri dengan arus kuat di Seine.
Satu kenyataan dari Akuatik Dunia dan jawatankuasa penganjur menyatakan bahawa satu daripada empat bacaan untuk bakteria enterokokus di sungai iaitu penunjuk kehadiran bahan najis melebihi had maksimum yang dibenarkan.
“Keputusan ini (membatalkan latihan) diambil sebagai langkah berjaga-jaga terutama memandangkan ada satu lagi sesi latihan dijadualkan pada hari berikutnya hari ini,” katanya.
Sejak Sungai Seine dipilih sebagai lokasi untuk triatlon Olimpik dan renang maraton, pihak berkuasa Perancis berusaha keras untuk membersihkan laluan air itu.
Renang maraton – perlumbaan 10 kilometer dalam air terbuka dijadualkan berlangsung esok untuk wanita dan Jumaat bagi kategoru lelaki.
Terdahulu Triathlon Dunia memberikan lampu hijau untuk perlumbaan hari Isnin berdasarkan bahawa tahap bakteria menunjukkan penurunan dan mereka “sedia mempertimbangkan analisis ke hadapan,” kata jurucakap jawatankuasa penganjur, Anne Descamps, kepada wartawan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




