Shahidan sedia pertahan jawatan AJK Pas Pusat

Shahidan sedia pertahan jawatan AJK Pas Pusat

am@hmetro.com.my

Arau: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan kesediaan mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat dalam pemilihan penggal baharu bersempena Muktamar Tahunan Pas ke-71, September hadapan.

Beliau yang menjadi sebahagian daripada ahli Pas yang dilantik jawatan itu pada Jawatankuasa Pimpinan PAS Pusat Sesi 2023-2025 melihat sekiranya terdapat sokongan, ia adalah kali pertama beliau akan menyertai pemilihan berkenaan memandangkan jawatan itu diterimanya menerusi lantikan oleh pimpinan Pas di peringkat Pusat.

“Saya tiada masalah untuk bertanding dan sentiasa bersiap-sedia… kalau boleh bertanding, maka kita bertanding, sebab Pas ini ambil pendekatan untuk utamakan perpaduan daripada perebutan.

“Insya-Allah, saya pernah ditanya sama ada mahu bertanding dalam pemilihan kali ini, jika ada sokongan, apa salahnya,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Perwakilan Perpaduan Ummah (PU) Parlimen Arau di sini, hari ini.

Turut hadir, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Timbalan Presiden PU, Datuk Awang Hashim yang juga AJK Pas Pusat serta Ahli Parlimen Pendang serta beberapa pimpinan Pas peringkat bahagian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top