Pelakon Sherry Ibrahim meluahkan rasa terkejut apabila mendedahkan menerima banyak mesej peribadi di Instagram yang mengajaknya untuk berkahwin.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Sherry berkata dia takut menerima banyak mesej berkenaan serta mengatakan soal kahwin bukan perkara mudah.
BACA: 42 Tahun Masih Single, Sherry Ibrahim Anggap Jodoh Belum Sampai
“Sekarang ramai pula yang DM ajak kahwin. Lawaknya. Ingat kahwin itu senang-senang atau suka-suka… Takutlah,” tulisnya.
Sementara itu, Sherry berkata dia menyerahkan kepada Allah mengenai soal jodoh serta berseloroh tidak akan membuat pengumuman jika akan berkahwin.
“Takpe, saya tunggu Allah SWT yang aturkan ataupun saya kahwin tak nak buat pengumuman. Nak kahwin senyap-senyap je lah,” katanya.




