Shiha Zikir belum pilih tarikh nikah lagi

Shiha Zikir belum pilih tarikh nikah lagi

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Doa yang baik-baik. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan,” kata penyanyi, Shiha Zikir, 36, ketika diminta mengulas perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Kamarul Arifin Baharun, 38, seperti heboh diperkatakan ramai tahun lalu.

Shiha berkata, perancangannya untuk berkahwin juga masih lagi tertangguh ketika ini.

“Saya juga tidak berani nak beritahu bila kami akan bernikah kerana takut ia tidak jadi lagi. Sebab itu, bila orang tanya bila kami akan berkahwin, saya akan beri jawapan yang sama tidak tahu lagi,” katanya.

Ditanya sama ada dia merancang untuk berkahwin pada tahun ini pula, kata penyanyi lagu Kalam itu, dia juga tidak berani untuk mengesahkan atau mengiyakannya ketika ini.

“Saya percaya, masa yang tepat akan tiba jua untuk kami berkahwin nanti,” katanya.

Terdahulu, Shiha mengumumkan bakal berkahwin dengan kekasihnya, Kamarul atau Arul, selepas hampir 13 tahun bercinta tahun lalu.

Pengumuman dibuatnya itu sekali gus menjawab segala teka-teki mendakwa pasangan itu bakal berkahwin dalam tempoh terdekat.

Namun, sampai tahun ini, Shiha dan pasangannya masih belum berkongsi tarikh untuk majlis perkahwinannya itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top