Shopee 11.11 tawar 90 peratus diskaun, dijamin harga terendah

Shopee 11.11 tawar 90 peratus diskaun, dijamin harga terendah

Platform e-dagang terkemuka, Shopee menawarkan 90 peratus diskaun Dijamin Harga Terendah* untuk pelbagai produk daripada beberapa jenama dan pelbagai kategori produk termasuk gajet teknologi terkini, fesyen bergaya, peralatan dapur dan produk kecantikan sempena 11.11 Jualan Hebat.

Antara yang menarik, Pembersih Vakum PerySmith X10 Lite, Baseus Power Bank Mini, HUAWEI MatePad SE 11″ Tablet, Bagasi Beroda URBANlite Rubik ABS Hard Case Spinner dan banyak lagi.

Pembersih Vakum PerySmith X10 Lite

Tugas pembersihan rumah lebih mudah dan cepat menggunakan vakum pintar PerySmith X10 Lite. 

Dengan adanya motor berkuasa 1,000W dan daya sedutan 20,000PA, kerja pembersihan menjadi lebih berkesan. 

Ia dilengkapi dengan penapis HEPA untuk mengurangkan habuk dan alergen.

Bukan saja ringan dan mudah digunakan, ia ditawarkan pada harga mampu milik supaya kerja rumah jadi lebih ringan serta mudah.

Baseus Power Bank Mini 

Dapatkan Baseus Power Bank Mini 10,000mAh yang menawarkan pengecasan tanpa wayar magnetik dan pengecasan pantas melalui sambungan USB-C. 

Menawarkan reka bentuk yang kompak dan ringan, power bank ini sememangnya mudah dibawa ke mana-mana. 

Ia akan memastikan peranti anda sentiasa penuh tenaga, di mana jua anda berada.

HUAWEI MatePad SE 11″ Tablet

Jadikan waktu lapang lebih menyeronokkan dengan HUAWEI MatePad SE 11 inci.

Tablet dengan paparan FHD+ yang memukau ini sesuai untuk penstriman, melayari internet dan bermain permainan video. 

Ia dicipta ringan, tahan lama serta mudah digunakan oleh semua peringkat umur dan seisi keluarga.

Bagasi Beroda URBANlite Rubik ABS Hard Case Spinner

Cipta pengalaman perjalanan yang lebih mudah dengan bagasi beroda URBANlite Rubik. 

Dengan roda yang boleh berpusing 360 darjah, ia memudahkan pengangkutan.

Ia juga hadir dengan reka bentuk ABS yang premium dan tahan lasak yang akan melindungi barang-barang semasa dalam perjalanan. 

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Cookware 

Set peralatan DESSINI ITALY 12 unit ini menawarkan kuali dan periuk tidak melekat yang tahan lama dan mudah dibersihkan. 

Sesuai untuk semua jenis masakan, ia juga memastikan haba tersebar dengan sekata untuk hasil masakan yang lebih sempurna.

Sandal Dr Cardin DC Home Men Buttery Soft Comfort

Dapatkan keselesaan sepanjang hari dengan Sandal Dr Cardin yang ringan dan kalis air. 

Dilengkapi dengan tapak anti-slip, sandal ini sesuai dipakai di dalam rumah mahupun di luar. 

Terdapat pelbagai pilihan warna, pastinya akan melengkapkan gaya harian anda.

Set Panda Eyes Turtleneck Skirt

Serlahkan gaya dengan set ‘skirt’ berkolar tinggi serba boleh ini. 

Set Panda Eyes ini bukan sahaja selesa dan mudah dijaga, tetapi juga sesuai untuk pelbagai gaya harian dan didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik.

Gelang Tali Kulit HABIB

Lengkapkan gaya harian dengan Gelang Tali Kulit HABIB yang elegan. 

Tersedia dalam pelbagai warna, gelang ini adalah aksesori sempurna untuk penampilan yang ringkas tetapi tetap bergaya.

Dyson HT01 Airstrait™️

Dyson Airstrait™️ akan memudahkan rutin penjagaan rambut kerana ia dilengkapi dengan aliran udara yang inovatif yang menjadikan rambut lebih lurus tanpa kerosakan akibat suhu panas berlebihan. 

Dengan skrin LCD yang mudah digunakan, ia akan menghasilkan gaya rambut yang sempurna untuk setiap kali penggunaan.

DAZZLE ME 

Pastikan solekan anda kekal sempurna sepanjang hari dengan DAZZLE ME Get a Grip Setting Spray.

Semburan mattifying ini menyerap minyak dan melembapkan kulit dengan bahan centella asiatica dan squalane bagi memberi kemasan segar dan berseri yang tahan sepanjang hari. 

SKINTIFIC 5X Ceramide Skin Gel Moisturiser

Pulihkan barrier kulit anda dengan SKINTIFIC 5X Ceramide Skin Gel Moisturiser. 

Gel pelembap ini mengandungi ceramide, asid hyaluronik, dan kolagen marin untuk kelembapan mendalam dan memastikan kulit anda sentiasa terhidrasi dan terlindung.

Beli-belah semasa Shopee 11.11 Jualan Hebat dan nikmati baucar eksklusif, diskaun tambahan dan banyak lagi.

Lebih menarik, Shopee turut menawarkan 90 peratus Diskaun Dijamin Harga Terendah dan tiga kali ganda Shopee Coins bagi setiap perbezaan harga yang lebih rendah di platform lain yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.

Ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan produk impian anda dengan harga terbaik. 

Jangan lepaskan peluang ini  kerana tawaran adalah terhad dan sementara stok masih ada.

Layari laman web Shopee untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 90 peratus Diskaun Dijamin Harga Terendah dan Shopee 11.11 Jualan Hebat.

*Informasi adalah tepat semasa penerbitan. Tertakluk terma dan syarat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top